Anwar Ibrahim Dakwa PRN Johor Dibuat Awal Demi Bebaskan Najib Razak

LocalPolitics
6 Jul 2026 • 4:41 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak 27 Jun lalu kebanyakan parti politik di negara ini sedang sibuk menjalankan aktiviti berkempen bagi meraih undi dan kepercayaan rakyat untuk mewakili kawasan masing-masing sebaga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: PRN Johor: Anwar Tegaskan DAP Tak Pernah Halang Hak Melayu, Kerajaan Adil Pada Semua Kaum

Anwar dakwa PRN Johor dibuat awal kerana nak bebaskan Najib Razak

Terbaharu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mendakwa PRN di negeri itu dilakukan awal disebabkan ada pihak yang mahu kembali berkuasa untuk membebaskan bekas Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Anwar, beliau serta rakan-rakan di dalam PH terpaksa berdepan dengan PRN tersebut kerana mahu memastikan kestabilan negara supaya ia boleh dikekalkan selain meneruskan kerjasama baik antara kerajaan negeri Johor serta Kerajaan Persekutuan.

“Kita dengar tadi hujah-hujah diberikan Pilihan Raya tak perlu sekarang. Dia paksa juga. Untuk apa sekarang? Sekarang kita dah tahu. Sebab mereka rasa mereka cukup kuat nak berkuasa kembali seperti dulu.

“Kemudian tentunya nak bebaskan Datuk Seri Najib,” ujar Anwar yang juga Perdana Menteri, dipetik Sinar Harian.

Anwar berkata begitu ketika berucap sewaktu program Jelajah Johor Ke Depan di Tangkak pada 5 Julai (Ahad).

Mahu beri tumpuan kepada usaha untuk angkat martabat rakyat di Johor

Selain mahu menjamin kestabilan negara, Anwar berkata beliau dan rakan-rakan di dalam PH juga memasuki PRN itu untuk memberi tumpuan kepada usaha bagi mengangkat martabat rakyat Johor.

“Saya bersama rakan-rakan PH diheret, terpaksa masuk pilihan raya. Tanya saya untuk apa? Saya nak jamin negara ini stabil.

“Kerjasama Johor dengan PH dan Kerajaan Persekutuan baik dan kita tumpu angkat martabat anak-anak negeri Johor.”

BACA ARTIKEL BERKAITAN: PRN Johor: Anwar Konsisten Lawan Rasuah, Sewajarnya Dapat Sokongan Penuh – Penganalisis

Dakwa masalah sebenar adalah ketamakan segelintir pihak yang salah guna kuasa

Anwar Ibrahim juga menegaskan bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara miskin. Masalah sebenarnya adalah ketakamakan segelintir pihak yang menyalahgunakan kuasa, bahkan perkara itu sehingga boleh menjejaskan kepada pembangunan negara.

Malah Ahli Parlimen Tambun itu turut mengulang kenyataan daripada Mahatma Gandhi ketika berucap.

Dakwa negeri tak boleh maju jika kembali macam dulu

“Negeri ini bukan miskin. Malaysia bukan Miskin. Selalu saya ulang kenyataan Mahatma Gandhi ‘The world has enough for every man’s need but will never be enough for every man’s greed.

“Kalau mahu hidup baik, Melayu, Cina, India, Orang Asli, Iban, Kadazan, cukup untuk hidup baik. Ada rumah, ada kerja. Tapi kalau kita mahu izinkan negeri ini balik macam dulu, curi sana, simpan sini, beli harta di London, beli harta di sana, meninggal dunia ada RM4 bilion, ada RM2 bilion, ini negeri tak boleh maju,” ujar beliau lagi.

Minta rakyat buat pertimbangan sewajarnya, jadikan pengalaman lama sebagai pengajaran

Oleh itu, Anwar meminta rakyat untuk berfikir sebelum menentukan hala tuju negara. Malah beliau juga turut mengingatkan pengalaman sebelum ini yang perlu dijadikan sebagai pengajaran.

“Ini keputusannya. Saya minta semua dengar. Semua yang hadir fikir betul-betul negara ini nak bawa ke mana. Kita ada pengalaman lalu. Kita cuba baiki negara ini. Mesti jaga semua,” jelasnya.

Katanya meskipun bertekad mahu membela nasib orang Melayu supaya ketingalan, pun begitu tanggungjawab yang digalas bergelar PM menuntut beliau untuk menjaga kepentingan seluruh rakyat tanpa mengira kaum.

“Saya orang Melayu dan saya memang tekad mesti lakukan sebaiknya supaya orang Melayu jangan kekal miskin dan terpinggir. Tapi saya sekarang diberi mandat jaga negara ini.

“Saya mahu anak Cina itu merasakan, Perdana Menteri ini ialah Perdana Menteri kita yang membantu semua rakyat di negara ini.Anak India begitu. Saya pergi Sabah, kita runding. Di Sarawak, itu pendirian kita.”

Bahkan beliau juga menegaskan tidak mahu kuasa digunakan untuk kepentingan keluarga mahupun untuk mengulangi amalan yang katanya pernah berlaku sebelum ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved