
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini Datuk Seri Fahmi Fadzil yang merupakan jurucakap kerajaan memaklumkan seramai 3,542 tahanan wagra Myanmar akan dihantar pulang bagi fasa kedua Program Penghantaran Pulang Secara Sukarela.
Jelas beliau penghantaran pulang warga asing itu dilakukan sebaik sahaja negara menerima tarikh yang telah ditetapkan oleh kerajaan Myanmmar. Pada fasa pertama seramai 1,476 telah dihantar pada 29 September, lapor Astro Awani.
Anwar Ibrahim dedah 10,000 tahanan warga Myanmar dah dihantar balik ke negara mereka sejak Januari 2026
Terbaharu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan seramai 10,000 tahanan warga Myanmar sudah dihantar pulang ke negara mereka sejak Januari 2026 melalui laluan udara serta laut.
Menurut beliau, penghantaran tahanan itu dilakukan daripada:
- Hasil runding
- Ikhtiar secara langsung antara Kerajaan Malaysia serta pihak bukan berkuasa Myanmar
Pengahantaran pulang bukan hanya libatkan etnik Rohingya sahaja
Kata beliau lagi, penghantaran tahanan warga negara berkenaan bukan sekadar membabitkan etnik Rohingya sahaja tetapi turut melibatkan etnik lain seperti:
- Arakan
- Karen
- Shan
“Daripada jumlah itu, sebahagiannya dibawa pulang menggunakan pesawat atas inisiatif Kerajaan Myanmar sendiri, manakala baki kira-kira 1,400 orang lagi dihantar pulang menerusi kapal tentera laut negara berkenaan baru-baru ini,” ujarnya, lapor Bernama.
Malaysia negara pertama hantar tahanan warga Myanmar pulang ke negara asal
Perdana Menteri mengulas perkara itu untuk menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat berhubung langkah kerajaan seterusnya untuk menangani isu keberadaan warga Myanmar dan ia termasuklah pelarian serta pemohon suaka khususnya etnik Rohingya di Malaysia.
Tegas Anwar lagi, Malaysia adalah negara pertama yang berjaya menghantar pulang tahanan warga Myanmar ke negara asal mereka dengan menggunakan pendekatan rundingan dan juga diplomatik secara berkesan.
“Setakat saya faham, Malaysia adalah negara pertama yang berjaya membawa pulang rakyat Myanmar ke negara asal mereka.”
Penghantaran pulang tahanan warga Myanmar dilakukan secara sukarela & dengan persetujuan individu terbabit
Katanya lagi, proses bagi penghantaran pulang tahanan terbabit dilakukan secara sukarela dan ia dengan persetujuan individu tersebut melalui dokumen rasmi Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Perkara itu untuk menjamin keselamatan dan juga hak asasi mereka.
Ahli Parlimen Larut yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah turut bertanya soalan tambahan yang ingin mengetahui berhubung kedudukan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) serta pengeluaran kad di Malaysia ini.
Anwar Ibrahim menjelaskan penglibatan badan berkenaan adalah isu legasi yang diperkenalkan secara rasmi oleh kerajaan teerdahulu.
Ujar beliau, apa-apa usaha untuk meminda peraturan sedia ada memerlukan proses rundingan bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Perkara itu agar tindakan Malaysia dilihat sentiasa:
- Patuh
- Tidak mengetepikan piawaian
- Peraturan antarabangsa
Usaha hantar tahanan warga Myanmar dikendalikan oleh Malaysia bukan pihak atau pegawai dari luar
Anwar Ibrahim juga menegaskan bahawa kerajaan tidak akan membiarkan usaha menghantar tahanan warga Myanmar mahupun pentadbiran negara diatur oleh pihak lain walaupun pegawai dari luar.
“Urusan negara kita harus dikendalikan oleh jentera kita sendiri dan tidak diatur oleh pegawai-pegawai dari luar untuk menentukan siapa yang layak atau tidak layak,” jelasnya.
Tindakan batal lesen perniagaan kepada warga tempatan jika sewa kepada warga asing
Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa juga ada memberikan soalan tambahan mengenai perniagaan haram yang dikendalikan oleh warga asing.
Perdana Menteri menegaskan agensi penguatkuasaan bakal mengetatkan kawalan. Bahkan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan seperti membatalkan lesen perniagaan warga tempatan yang didapati disewakan kepada warga asing.
View this post on Instagram






