Hampir 6,000 Kes Buli Dilaporkan Berlaku Di Sekolah Dalam Tempoh 8 Bulan Tahun Ini – PM

LocalPolitics
6 Oct 2026 • 5:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

buli sekolah

Sebanyak 5,681 kes buli dilaporkan berlaku di sekolah seluruh negara dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, termasuk melibatkan buli fizikal, lisan, bukan lisan dan siber.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah berkenaan bagaimanapun mungkin lebih tinggi berikutan terdapat kes buli serta salah laku disiplin yang tidak dilaporkan.

Menurutnya, ada pihak pentadbiran sekolah yang dipercayai memilih untuk menutup kes terbabit kerana tidak mahu imej serta reputasi sekolah terjejas.

“Masalahnya kadang-kadang dilindungi kerana tak mahu imej sekolah itu buruk, nak jaga reputasi sekolah, beri laporan yang baik-baik sahaja padahal hakikatnya anak-anak di sekolah itu merasa terdera, tertekan masuk ke sekolah.”

Beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana kes buli melibatkan keselamatan dan kesejahteraan pelajar.

Artikel berkaitan: “Wujud ibu bapa defensif & denial” – Amin Idris Kongsi Pengalaman Berdepan Dengan Ibu Bapa Pembuli

Justeru, Anwar menegaskan pihak sekolah tidak boleh menyembunyikan kes buli dan tindakan perlu diambil dengan segera serta tegas tanpa mengira apa jua alasan.

“Jadi jangan sembunyikan, kerana yang rosak anak ini kita tak fikir, pendekatan tak betul. Saya setuju bahawa dalam kes-kes seperti ini, apa jua pun alasan, tindakan harus diambil secara cepat dan tegas.”

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pada Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Sumber: Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved