Anwar Ibrahim Dedah Sebab Sebenar Hadir Konsert Siti Nurhaliza

LocalMusic
20 Oct 2026 • 2:06 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Intipati berita

  • Anwar Ibrahim menjelaskan kehadirannya ke konsert Siti Nurhaliza adalah bagi memenuhi permintaan penyanyi itu dan suaminya, Datuk K.
  • Anwar mengakui minat terhadap lagu Melayu, Inggeris dan Hindustan, meskipun menerima teguran daripada beberapa pihak.
  • Beliau memuji Konsert Gema Bumantara kerana mengangkat budaya Melayu, lagu klasik serta tarian tradisional Sabah dan Sarawak.
  • Konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu berjaya menghimpunkan lebih 63,000 penonton walaupun berdepan cuaca berjerebu dan hujan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sebab dia menghadiri Konsert Tradisional Gema Bumantara Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Menurut laporan Kosmo, kehadiran Anwar adalah bagi memenuhi permintaan Biduanita Negara berkenaan dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, meskipun tindakannya itu menerima teguran daripada segelintir pihak.

Anwar Ibrahim hadir sebab Siti dan Datuk K minta?

Image from: Anwar Ibrahim Dedah Sebab Sebenar Hadir Konsert Siti Nurhaliza

Memetik kenyataannya di Parlimen hari ini, Anwar berkata dia hadir ke konsert berkenaan selepas menerima permintaan daripada pasangan tersebut.

Saya pergi kerana Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk K mohon sangat-sangat saya hadir. Saya hadir walaupun lambat sedikit.

Tetapi saya ditegur oleh beberapa rakan. Terima kasihlah. Yang tegur itu yang warak-warak yang tak pernah dengar lagu.

Saya ini ada kelemahan. Saya minat juga lagu. Bukan sahaja lagu Melayu, lagu Inggeris dan Hindustan pun saya minat.

Puji konsert Siti Nurhaliza angkat budaya melayu

Image from: Anwar Ibrahim Dedah Sebab Sebenar Hadir Konsert Siti Nurhaliza

Dalam masa sama, Anwar turut mempertahankan kehadirannya dengan menjelaskan bahawa konsert tersebut bukan sekadar hiburan, malah turut mengangkat warisan dan budaya tempatan.

Siti Nurhaliza sememangnya biduanita yang terkenal. Pertunjukannya memperkasa budaya Melayu dengan wayang kulit dan tarian tradisional termasuk Sabah dan Sarawak. Memberi kebanggaan kepada kekuatan warisan lagu klasik dan budaya Melayu.

Terdahulu, Konsert Tradisional Gema Bumantara menghimpunkan lebih 63,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Walaupun berdepan keadaan berjerebu dan hujan, suasana itu tidak menghalang peminat daripada terus memberikan sokongan sehingga konsert berakhir.

Malah, video Anwar menyaksikan persembahan sambil memakai baju hujan turut tular di media sosial. Rata-rata netizen memuji sokongan yang diberikan Perdana Menteri terhadap industri seni tanah air.

Selain konsert Siti Nurhaliza, Anwar sebelum ini turut dilihat menghadiri konsert Datuk M. Nasir serta pementasan teater muzikal Mansor & Liu sebagai tanda sokongan terhadap dunia seni.

The post Anwar Ibrahim Dedah Sebab Sebenar Hadir Konsert Siti Nurhaliza appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved