
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak pernah campur tangan dalam mana-mana proses pelantikan atau penyambungan kontrak hakim di negara ini.
Menurut laporan Kosmo, Anwar berkata semua pelantikan adalah mengikut prosedur sah di bawah Perlembagaan Persekutuan, bukannya keputusan peribadi atau kehendak politik.
Saya tidak campur dalam mana-mana keputusan pelantikan dan saya elakkan daripada bertemu hakim-hakim kanan, melainkan Ketua Hakim Negara.
”Tuduhan tak berasas” – Anwar Ibrahim

Anwar meluahkan kebimbangan apabila isu pelantikan hakim dijadikan bahan perdebatan dan kempen politik oleh sesetengah pihak, yang menyemarakkan tohmahan tidak berasas.
Kalau sambung dikata pengkhianat, kalau tak sambung pun dikata pengkhianat. Ini tidak wajar.
Beliau menyatakan pelantikan badan kehakiman bukan soal suka atau tak suka, tapi mesti berlandaskan prinsip undang-undang dan perlembagaan.
DNAA bukan di tangan Perdana Menteri

Mengulas dua kes DNAA membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Syed Saddiq, Anwar menegaskan bahawa beliau tiada kuasa menentukan keputusan mahkamah, sebaliknya semua itu berada di bawah badan kehakiman yang bebas.
Kalau mereka nak beri DNAA, itu bukan urusan saya. Kalau mereka tak beri, pun bukan urusan saya.
Penting jaga kebebasan Badan Kehakiman

Anwar memberi jaminan bahawa kerajaan pimpinannya komited mempertahankan kebebasan institusi kehakiman, serta menolak segala bentuk tekanan luar daripada mana-mana pihak.
Keputusan mesti berpandukan prinsip Perlembagaan dan lunas undang-undang, bukan berdasarkan populariti atau desakan politik.
Pssttt! Keadilan yang sebenar lahir dari kebebasan institusi, bukan tekanan politik. Hormatilah proses dan undang-undang agar kepercayaan rakyat terus terpelihara.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.
