Anwar Ibrahim raikan 40 lepasan SPM, tekankan nilai & akhlak penting demi bina masa depan!

LocalPolitics
2 Apr 2026 • 7:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima kunjungan seramai 40 pelajar yang baru sahaja menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari pelbagai sekolah seluruh negara di Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Turut hadir bersama mereka adalah pimpinan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

“Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang meraikan 40 orang pelajar yang baru sahaja menerima keputusan SPM. Saya zahirkan ucapan tahniah atas keputusan yang diperoleh,” katanya dalam hantaran di media sosial.
image is not available

Kredit Foto: Shahnaz Fazlie

image is not available

Kredit Foto: Shahnaz Fazlie

Tegas Anwar, walaupun keputusan SPM berbeza-beza, namun usaha berterusan dan kesungguhan pelajar sangat penting dalam menempuh setiap bidang yang akan diceburi pada masa depan.

Selain menekankan kecemerlangan akademik, beliau turut berkongsi bahawa nilai murni dan akhlak yang baik turut memainkan peranan penting dalam membina masa depan yang lebih gemilang.

Perdana Menteri turut menyinggung cabaran geopolitik dan isu ekonomi global yang memberi impak kepada generasi muda.

“Anak-anak juga diingatkan sentiasa mengambil berat dan patuh kepada pesanan baik ibu bapa dan pada yang sama peka dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar,” katanya lagi.
image is not available

Kredit Foto: Shahnaz Fazlie

Tambah beliau, kerajaan akan terus berusaha menyediakan peluang terbaik bagi memastikan pelajar mendapat asas yang kukuh untuk membina masa depan Malaysia yang lebih baik.

“Saya doakan seluruh anak-anak lepasan SPM diberikan kekuatan, kecekalan diri dan kemahuan yang kuat untuk menjadi lebih baik daripada apa yang terima hari ini,” kata Anwar menutup sesi itu.

Sumber: FB Anwar Ibrahim