Anwar Ibrahim Tegaskan Belum Tiba masa Bubar Parlimen

LocalPolitics
14 Jul 2026 • 3:55 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Keputusan untuk bubar Parlimen nampaknya belum ada dalam perancangan kerajaan buat masa ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan masih mempunyai mandat untuk meneruskan pentadbiran negara.

Menurut laporan Kosmo! Online, PMX menjelaskan tumpuan kerajaan sekarang adalah memastikan politik negara kekal stabil dan ekonomi terus bergerak, lebih-lebih lagi ketika dunia masih berdepan pelbagai ketidaktentuan.

Anwar Ibrahim mahu fokus kepada kestabilan

anwar ibrahim

PMX berkata rakyat ketika ini mahu melihat kerajaan memberi perhatian kepada pemulihan dan pembangunan ekonomi, bukan hanya terperangkap dengan persaingan politik sepanjang masa.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan masih ada mandat yang diberikan rakyat, jadi ruang itu perlu digunakan untuk mentadbir negara dengan baik sebelum tiba waktu pilihan raya nanti.

Image from: Anwar Ibrahim Tegaskan Belum Tiba masa Bubar Parlimen

Saya percaya rakyat juga mahu kestabilan, rakyat juga mahu ekonomi berkembang dan rakyat pun mahu jangan kita hanya berpolitik sepanjang masa. Bagilah masa, kita ada mandat. Sampai pilihan raya, bertempurlah pula.- Katanya.

PMX berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid dari PN-Hulu Terengganu mengenai kemungkinan kerajaan membubarkan Parlimen bagi mendapatkan mandat baharu dalam masa terdekat.

The post Anwar Ibrahim Tegaskan Belum Tiba masa Bubar Parlimen appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved