Anwar Ibrahim Tegaskan, Ini Apa Yang Akan Terjadi Jika Jemaah Menteri Terlibat Rasuah

Politics
12 Dec 2022 • 1:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberi amaran kepada Jemaah Menteri di bawah pentadbirannya untuk tidak sesekali terlibat dengan sebarang aktiviti rasuah. Jika didapati melakukan perkara itu, mereka dikatakan akan dipecat serta merta.

Saya sudah bercakap dengan semua ketua-ketua parti komponen, kalau ada kes seperti itu (rasuah) ketika pemerintahan saya. Saya minta pecat serta merta.

Saya tidak tolak ansur dan ini bukan soal politik. Ini adalah keyakinan saya.

Anwar dalam pada itu turut mengakui dirinya sudah cukup terseksa ketika masuk ke dalam penjara dan dipukul setengah mati ketika itu.

Saya telah dihumban ke penjara dan dipukul setengah mati dan sudah lama terseksa dan saya bukan mahu mendabik dada sebab aku menang.

Diharapkan Kerajaan Perpaduan yang terbentuk ini dapat memastikan negara bebas dari rasuah.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved