Anwar Ibrahim Tegaskan Malaysia Tidak Akan Bantah Jika Trump Ampunkan Jho Low

LocalPolitics
15 May 2026 • 12:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Nama Jho Low kembali jadi perhatian ramai apabila dilaporkan sedang memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Perkara itu sekali lagi menghangatkan isu skandal 1MDB yang pernah menggegarkan negara sebelum ini.

Terbaru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa Malaysia setakat ini tidak akan membantah sekiranya pengampunan itu benar-benar diberikan oleh pihak Amerika Syarikat kepada Jho Low.

Anwar Ibrahim serah keputusan kepada Amerika Syarikat

Image from: Anwar Ibrahim Tegaskan Malaysia Tidak Akan Bantah Jika Trump Ampunkan Jho Low
Kredit Foto: Janaan AI

Menurut Anwar, perkara itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan AS dan Malaysia tidak bercadang untuk campur tangan secara rasmi dalam urusan tersebut.

Tidak, tiada isu. Itu keputusan AS. Setakat ini kita tidak akan ke arah itu. Itu urusan AS.- Katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Malaysia akan membuat representasi rasmi kepada pihak berkuasa AS bagi membantah kemungkinan pengampunan diberikan kepada Jho Low.

Jho Low dilapor mohon pengampunan Trump

Image from: Anwar Ibrahim Tegaskan Malaysia Tidak Akan Bantah Jika Trump Ampunkan Jho Low
Kredit Foto: Janaan AI

Sebelum ini, Wall Street Journal melaporkan bahawa Jho Low didakwa sudah mengemukakan permohonan pengampunan kepada Donald Trump beberapa minggu lalu.

Kalau permohonan itu diluluskan, semua pertuduhan jenayah yang sedang dihadapinya di Amerika Syarikat boleh digugurkan sepenuhnya. Malah, laporan itu turut menyebut laman web Jabatan Kehakiman AS menyenaraikan satu permohonan atas nama Taek Jho Low yang masih dalam proses.

Bagaimanapun, seorang pegawai Rumah Putih memaklumkan bahawa permohonan itu masih belum menjadi perhatian utama pihak pentadbiran AS buat masa ini.

Lokasi sebenar Jho Low masih misteri

Image from: Anwar Ibrahim Tegaskan Malaysia Tidak Akan Bantah Jika Trump Ampunkan Jho Low

Untuk korang yang mungkin dah lupa, Jho Low merupakan individu paling dikehendaki susulan dakwaan menjadi dalang utama dalam skandal penyelewengan dana 1MDB. Siasatan Jabatan Kehakiman AS sebelum ini mendakwa lebih AS$4.5 bilion atau sekitar RM18.22 bilion diseleweng antara tahun 2009 hingga 2014.

Sejak menjadi buruan pada tahun 2018, pelbagai laporan media antarabangsa mendakwa Jho Low pernah dikesan di Hong Kong, Macau, Shanghai dan juga Myanmar. Malah, dia juga pernah dikaitkan berada di St Kitts dan Nevis sebelum kewarganegaraannya dibatalkan.

Pssttt! Kes Jho Low ni memang antara skandal terbesar yang pernah berlaku dalam negara dan sampai sekarang ramai masih tertanya-tanya bila semuanya akan benar-benar selesai. Apa pun, korang kena sentiasa ambil tahu perkembangan semasa sebab isu macam ni bukan sekadar politik, tapi turut melibatkan masa depan dan kepercayaan rakyat terhadap negara.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Anwar Ibrahim Tegaskan Malaysia Tidak Akan Bantah Jika Trump Ampunkan Jho Low appeared first on Oh! Media.
View Original Article