Anwar Ibrahim Tegaskan Perubahan Malaysia Perlu Dengan Tindakan, Bukan Kata-Kata!

LocalPolitics
14 Feb 2025 • 11:41 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
anwar ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perubahan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang bersih dan berwibawa tidak boleh hanya sekadar janji, tetapi mesti diterjemahkan dalam bentuk amalan dan tindakan.

Anwar Ibrahim tegaskan Malaysia mesti berubah dengan tindakan

image is not available

Menurutnya, Kerajaan Madani bertekad untuk memperkasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menjadi badan yang benar-benar bebas dan berintegriti.

Perubahan mesti datang dari pimpinan atas dengan amalan, tindakan, dan bukan hanya dengan jaminan kata-kata sahaja.

Hadiri Majlis Beristiadat SPRM 2025

image is not available

Anwar turut berkongsi bahawa beliau menghadiri Majlis Makan Malam Beristiadat SPRM 2025, yang bertujuan untuk meraikan seluruh keluarga SPRM.

Beliau menekankan bahawa SPRM merupakan tonggak utama dalam mempertahankan integriti sistem negara dan memainkan peranan penting dalam menyelamatkan negara dari keruntuhan akibat rasuah.

#ApaKataOhmedia

Perubahan bukan sekadar cakap kosong, tetapi perlu dibuktikan dengan tindakan. Usaha untuk membanteras rasuah harus bermula dari kepimpinan tertinggi supaya rakyat yakin dengan integriti kerajaan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


The post

appeared first on

.