Anwar Ibrahim tegur individu besarkan isu kuil, abang belon – “Semua mahu dipolitikkan..”

LocalPolitics
7 Apr 2025 • 12:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tegur tindakan segelintir pihak yang suka membesarkan isu-isu kecil semata-mata untuk kepentingan kumpulan tertentu.

Menurut laporan Kosmo! Online, beliau berkata ada pihak yang sengaja mencetuskan suasana tegang seolah-olah negara sedang bergolak, walaupun perkara tersebut boleh diselesaikan secara baik tanpa sebarang kekecohan.

Anwar Ibrahim tegur

image is not available

Antara isu yang dibangkitkan termasuklah perpindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India dan kisah tular ‘abang belon’ yang didakwa dikasari penguat kuasa. Kedua-dua isu ini dijadikan bahan politik oleh sesetengah pihak untuk meraih perhatian.

“Sebab itu saya ingin mengesyorkan jangan berikan ruang (kepada mereka ini) kerana seseorang itu dia bebal dan dia tidak fikir kepentingan umum.

“Semuanya mahu dipolitikkan, semuanya mesti dengan cara menghukum, semuanya kafir dan munafik semuanya jahat belaka. Tak boleh begitu,” katanya.

Anwar Ibrahim tegur

image is not available

Dalam masa sama, beliau juga mengingatkan bahawa walaupun negara ini berasaskan tonggak Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan dijamin oleh institusi kerajaan serta Majlis Raja-Raja, itu tidak bermakna kaum lain boleh dihina atau dipinggirkan.

Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan keharmonian kaum terus dipelihara dan menolak sebarang bentuk diskriminasi atau sentimen perkauman yang boleh menggugat perpaduan negara.

“Kita mahu angkat martabat orang Melayu ini dengan kekuatan, kesungguhan kerja, amal ikhlas, keperibadian atau syakhsiah kita, bukannya untuk meremehkan orang lain.

“Bila kita beri kuasa, kita sakau, kita malas, bila kita jadi ketua jabatan, kita remeh, tapi kita sibuk pasal kelemahan orang lain. Mana mungkin satu kejayaan dicapai kalau kita tidak bina kekuatan kita sendiri,” katanya.

image is not available

Sumber: Kosmo! Online (Mohd Ridzauddin Roslan)