Perdana Menteri selar pihak tunggang isu kuil, peniaga belon

LocalPolitics
7 Apr 2025 • 10:25 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Nora Mahpar, FMT

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menyelar pihak menunggang isu kuil dan peniaga belon sebagai bahan politik.

Beliau yang juga menteri kewangan mendakwa ada pihak cuba menggambarkan seolah-olah perang akan berlaku susulan isu tapak Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

“Kita kadang-kadang terlalu diheret oleh media sosial kerana mereka suka sensasikan hal yang kecil, yang kita boleh tangani dengan baik, dijadikan besar seolah-olah perang akan berlaku.

“Jangan berikan ruang kerana sesetengah orang dia bebal dan tidak fikir kepentingan umum. Semuanya mahu dipolitikkan dengan cara menghukum.

“Bila tak setuju, kita semuanya (jadi) kafir dan munafik, semuanya jahat,” katanya pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved