Anwar: Kaedah jentera kerajaan, jabatan urus permohonan perniagaan perlu pantas

LocalPolitics
21 Dec 2022 • 2:29 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Cara jentera kerajaan dan jabatan menguruskan permohonan perniagaan harus dijalankan dengan lebih pantas, cepat dan efisien, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya dan Ketua Setiausaha Negara akan membantu untuk menyelaraskan semua supaya kepesatan dan kelulusan ini dapat dilakukan dan saya percaya jabatan-jabatan dalam penyelarasan ini dapat membantu,” katanya dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Kabinet, hari ini.

Ini kerana, katanya, negara kini sudah ada petanda yang sangat positif apabila menerima banyak pertanyaan daripada pengusaha dan pelabur mengenai perniagaan di Malaysia.

“Kita harus memulakan dengan menunjukkan bahawa ada kaedah serta cara kelulusan dan tindakan yang lebih pesat dan berkesan daripada sebelumnya,” kata Anwar.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, mesyuarat Kabinet turut membincangkan mengenai situasi kekurangan tenaga kerja di mana Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri telah diminta untuk segera menyelesaikan isu tersebut, terutamanya dalam sektor perladangan, perkhidmatan dan pembinaan.

“Ketiga-tiga (sektor) ini harus diberikan tumpuan kerana kelewatan kelulusan ini telah menyebabkan beberapa pusat pengeluaran terbantut,” katanya. - Bernama