
PUTRAJAYA: Masalah air di Kelantan dan Sabah akan cuba ditangani kerajaan persekutuan meskipun melibatkan belanja besar, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
“Masalah air di Kelantan dan Sabah perlu ditangani kerana ia adalah masalah asas dan bukanlah hal politik,” katanya pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Mei 2023 hari ini.
Anwar berkata beliau sudah berunding dengan Ketua Menteri Sabah Hajiji Nor dan Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob mengenai masalah air itu dan mempersembahkan kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bahawa kerajaan pusat perlu mengambil alih tanggungjawab mengenai masalah air walaupun belanjanya besar.
Semalam, Anwar berkata beliau akan mengundang Hajiji dan Ahmad dalam tempoh dua minggu ini untuk mencari jalan menyelesaikan masalah air di kedua-dua negeri itu.
SPONSORED CONTENT VANZO X Marvel Series Car Vent Perfume: VANZO Car Perfume Brand Teams Up with Marvel for Disney's 100th Anniversary Celebration Kota Kinabalu: In honour of Disney's 100th anniversary, Marvel superheroes and VANZO have teamed up to launch a new "Superhero Scent" series of car perfume, “VANZO x Marvel Series Car Vent Perfume”. Read more Anwar yang juga menteri kewangan berkata berdasarkan perancangan, usaha mengatasi masalah air di Kelantan dan Sabah mengambil masa terlalu panjang dalam RMK12 dan Belanjawan 2023.
Menurutnya, kerajaan juga sedang mempersiapkan kajian semula separuh penggal RMK12.
Beliau juga akan mengadakan perbincangan di peringkat Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan bagi menyelesaikan masalah bekalan air di Kelantan dan Sabah.
Anwar berkata hal-hal kemudahan asas seperti jalan berlubang dan berlopak di sesetengah bandar juga perlu diselesaikan dengan peruntukan RM1 bilion telah disalurkan tahun ini.
“(Dalam mengatasi hal kemudahan asas), penjawat awam perlu berganjak sedikit daripada perencanaan atau penggubalan dasar,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



