Bandau perlu pelan pembangunan: Maijol

Cars
15 May 2023 • 4:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KOTA MARUDU: Kawasan Bandau adalah wajar dibangunkan secara holistik dan seimbang sejajar dengan halatuju Sabah Maju Jaya yang diilhamkan oleh kerajaan negeri, kata Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bandau Datuk Maijol Mahap.

Katanya, Bandar memerlukan satu rangka tindakan yang digelar Pelan Pembangunan Bandau untuk memantapkan perancangan pembangunan di kawasan itu. “Rangka tindakan ini akan menjadi kemudi dan rujukan kepada inisiatif pembangunan di Bandau.

“Pelan Pembangunan ini adalah bersifat jangka masa sederhana iaitu dari tahun 2023 sehingga 2035. Matlamatnya ialah dalam masa 12 tahun akan datang , Bandau akan mencapai banyak kemajuan yang merangkumi pelbagai keperluan rakyat dan masyarakat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat berkata demikian selepas merasmikan pertandingan akhir Sugandoi Kaamatan Peringkat Daerah Kota Marudu 2023 di Dewan Komuniti, di sini, Sabtu malam.

SPONSORED CONTENT VANZO X Marvel Series Car Vent Perfume: VANZO Car Perfume Brand Teams Up with Marvel for Disney's 100th Anniversary Celebration Kota Kinabalu: In honour of Disney's 100th anniversary, Marvel superheroes and VANZO have teamed up to launch a new "Superhero Scent" series of car perfume, “VANZO x Marvel Series Car Vent Perfume”. Read more Tambahnya, satu kajian menyeluruh perlu disediakan oleh badan yang mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut seperti Institut Kajian Pembangunan (Sabah) untuk menyediakan pelan pembangunan itu,

“Semua pemegang taruh seperti jabatan kerajaan, parti politik, badan bukan kerajaan dan rakyat boleh membantu memberikan pandangan. Skop kajian akan ditetapkan dalam Terma Rujukan (TOR) yang menjadi panduan untuk menghasilkan pelan itu.

“Metodologi kajian juga adalah penting untuk memastikan hasil akhir mencakupi semua skop kajian,” katanya.

Bandau yang terletak dalam daerah Kota Marudu mempunyai penduduk lebih kurang 40,000 orang dengan pertanian menjadi aktiviti ekonomi utama di samping perikanan dan vertinari.

“Tanaman komoditi utama adalah getah dan padi, dan beberapa lagi tanaman yang berpotensi.

“Sektor pelancongan juga berpotensi untuk dibangunkan dengan aset semulajadi yang menarik. Pembangunan geopelancongan dalam daerah Kota Marudu sangat berpotensi kerana Kota Marudu adalah termasuk dalam wilayah Kinabalu Geopark dan mempunyai Geo Tapak yang mempunyai nilai kebangsaan dan antarabangsa.

“Pelan Pembangunan Bandau ini juga akan menghuraikan profil kawasan Bandau dengan bertujuan agar ianya akan bertambah mantap yang akan menaikkan pembangunan fisikal, sosio ekonomi dan pendapatan isi rumah kepada penduduk kawasan Bandau,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.