“Anwar Kata Siap Sedia, Cuti Kamu Dah Nak Habis” – Maszlee Malik

9 Jan 2023 • 10:07 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik memberi bayangan seolah-olah akan kembali berkhidmat di jabatan Kerajaan, di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook miliknya, Maszlee menyatakan bahawa Anwar Ibrahim memintanya untuk bersiap sedia kerana ‘cutinya’ akan habis tidak lama lagi.

“DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bilang : ‘bersiap sedia, cuti sabatikal anda akan tamat tidak lama lagi’,” katanya.

Mazlee tidak memperincikan jawatan yang bakal disandangnya

Bagaimanapun, bekas ahli parlimen Simpang Renggam itu tidak memberitahu secara terperinci tugasan yang bakal disandang oleh beliau nanti.

Maszlee Malik bagaimanapun tidak memperincikan apakah tugasan atau jawatan yang bakal digalas beliau oleh beliau nanti.

Terdahulu, Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Keadilan buat pertama kali pada tahun ini.

“Kami di Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Keadilan berdiri teguh bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan keutuhan Kerajaan Perpaduan dan penerusan agenda reformasi demi kesejahteraan rakyat dan negara.

“Ahli MPP bertekad untuk memastikan parti akan terus relevan dan menjadi parti pilihan utama rakyat berbilang bangsa di tanah air ini,” katanya lagi.

Source: