Anwar: Kerajaan Persekutuan terus dukung Kerajaan Negeri Sembilan baharu

LocalPolitics
1 Aug 2026 • 11:01 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Anwar: Kerajaan Persekutuan terus dukung Kerajaan Negeri Sembilan baharu

KUALA LUMPUR, 1 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Persekutuan akan terus memberi dukungan dan kerjasama kepada Kerajaan Negeri Sembilan yang baharu demi kesejahteraan serta kemakmuran negeri dan rakyat keseluruhannya.

Dalam hantaran di Facebook, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) turut mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat diberikan rakyat Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 itu hari ini.

“Penghargaan juga kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan yang telah memberikan kepercayaan kepada PH dan Datuk Seri Utama Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar selama lapan tahun.

“Alhamdulillah, sepanjang tempoh tersebut, HARAPAN telah meninggalkan legasi pentadbiran yang cemerlang berteraskan tatakelola baik, kestabilan serta pembangunan yang memanfaatkan rakyat,” katanya.

Anwar juga berharap legasi tersebut terus diperkukuh demi kemajuan Negeri Sembilan.

Terdahulu, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan BN dan Perikatan Nasional (PN) akan membentuk Kerajaan Negeri Sembilan selepas gabungan itu memperoleh majoriti dua pertiga berdasarkan keputusan tidak rasmi PRN hari ini.

Ahmad Zahid berkata secara tidak rasmi, BN memenangi 18 kerusi manakala PN memperoleh tujuh kerusi sekali gus memberikan kedua-dua gabungan itu majoriti untuk menerajui pentadbiran negeri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved