Anwar kongsi lukisan penuh makna pemberian anak istimewa

LocalPolitics
13 Aug 2026 • 4:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Anwar kongsi lukisan penuh makna pemberian anak istimewa
Anwar kongsi lukisan penuh makna pemberian anak istimewa

SHAH ALAM - Sebuah lukisan mungkin kelihatan biasa pada pandangan sesetengah pihak, namun bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, karya yang diterimanya daripada seorang anak istimewa membawa makna yang cukup mendalam.

Menerusi hantaran terbaharu di media sosialnya pada Khamis, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkongsi lukisan yang diterima beliau ketika menghadiri sebuah program di Negeri Sembilan baru-baru ini.

Beliau dalam masa sama turut menghargai pemberian lukisan tangan khas yang penuh bermakna buat dirinya itu.

"Masih saya ingat, lukisan ini diserahkan oleh seorang anak istimewa sambil didukung ayahnya, ketika program Temu Anwar di Negeri Sembilan baru-baru ini.

"Terima kasih atas pemberian yang cukup bermakna ini. Saya hargai dengan penuh kasih," katanya menerusi satu hantaran di media sosial pada Khamis.

Anwar pada Isnin selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia).

Beliau dilaporkan telah dibenarkan keluar dari hospital dan ketika ini sedang berehat di rumahnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved