Anwar luang masa nikmati juadah ‘Sup Meletup’ di Cheras

LocalPolitics
23 Dec 2022 • 2:29 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menikmati makan tengah hari bersama pengunjung di gerai Sup Meletup yang beroperasi di Medan Selera Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini.

Beliau yang disambut pemilik gerai Sup Meletup itu Zolkhoari Abdul Aziz ketika tiba pada kira-kira 1.05 tengah hari, meluangkan masa kira-kira 15 minit menjamu selera sambil menyantuni pengunjung yang ingin merakam gambar kenang-kenangan.

Anwar dilihat cukup berselera menikmati hidangan bihun sup panas iaitu satu daripada menu popular di gerai itu selain sata.

Usai makan tengah hari, Anwar bergerak ke Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak untuk menunaikan solat Jumaat. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved