Anwar Mahu Kurangkan Gaji Menteri, Akan Dedahkan Kabinet Bersaiz Kecil

26 Nov 2022 • 5:04 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sebelum ini, beliau telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan mengambil gaji sebagai Perdana Menteri

Anwar Mahu Kurangkan Gaji Menteri, Akan Dedahkan Kabinet Bersaiz Kecil. Dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 baru-baru ini, beliau kini dalam perbincangan untuk mengotakan salah satu janjinya iaitu tidak mengambil gaji sebagai perdana menteri.

Ia dilaporkan beliau kini bersedia untuk mendedahkan kabinet yang lebih kecil, terdiri daripada menteri-menteri dengan gaji yang dikurangkan.

image is not available
Anwar Mahu Kurangkan Gaji Menteri, Akan Dedahkan Kabinet Bersaiz Kecil

Saiz kabinet yang lebih kecil kini dalam proses perbincangan

Menurut laporan, cadangan menurunkan gaji menteri dan mengurangkan saiz Kabinet sedang dibincangkan. Katanya, beliau sedang meminta menteri baharu bersetuju dengan cadangannya untuk mengurangkan gaji mereka.

Sebelum ini, beliau mengulangi bahawa beliau tidak akan mengambil gaji sebagai perdana menteri dan mahu mengutamakan menangani kos sara hidup.

image is not available
Kredit gambar: The Borneo Post

Terdapat perkembangan positif, seperti kekuatan nilai Ringgit Malaysia dan pasaran saham pada masa ini. Ini menunjukkan keyakinan (terhadap) pentadbiran kerajaan. Tetapi buat masa ini, saya rasa keutamaan harus diberikan kepada kos sara hidup dan kenaikan harga barang yang membebankan rakyat,”

ujarnya lagi.

Menurutnya, beliau telah mengarahkan agensi kerajaan membuat langkah segera dan mengadakan mensyuarat pada Isnin ini (28 November).

Saya percaya… penjawat awam (tahu) tugas utama kami ialah mengurangkan beban rakyat,’

katanya lagi.