Pemimpin UAE ucap tahniah kepada PM Anwar

Politics
26 Nov 2022 • 11:25 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Pemimpin Emiriah Arab Bersatu (UAE) menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai perdana menteri.

Menurut Kedutaan UAE di Kuala Lumpur, Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan menghantar perutusan tahniah kepada Anwar pada Jumaat petang.

Selain itu, Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE dan Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri.

Para pemimpin mendoakan Perdana Menteri yang baharu dilantik dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan serta kemajuan dan kemakmuran kepada kerajaan dan rakyat Malaysia, menurut kedutaan itu.

Anwar, 75, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 pada 24 Nov. - Bernama