Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan projek tebatan banjir di Kelantan bagi mengatasi masalah banjir berulang yang membelenggu rakyat negeri itu saban tahun.
Menurutnya, projek yang akan dijalankan secara berperingkat itu memerlukan peruntukan besar dan melibatkan proses pengambilan tanah yang mesti diselesaikan segera.
“Kita tidak sanggup melihat saban tahun Kelantan mengalami banjir tidak terkawal dengan kerajaan silih berganti.
“Sebab itu saya minta Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta Kementerian Ekonomi teliti kaedah baharu bagi atasi masalah ini,” katanya memetik laporan Berita Harian.
- ‘Malaysia terhutang budi atas jasamu, selamat jalan Pak Lah’ – Anwar
- 8 legasi utama Tun Abdullah Ahmad Badawi yang akan terus dikenang rakyat Malaysia
- Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia
- ‘Cuma nak buat jalan ke tanah sendiri’ – Excavator disita, individu kesal layanan tidak adil
- Kucing hilang 4 bulan ditemui di negara lain, lebih 480km dari rumah
Anwar berkata demikian dalam ucapannya ketika menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Kelantan di Pantai Irama, Bachok, Sabtu, 12 April 2025.
Beliau turut menekankan kepentingan teknologi dan pengurusan air, dengan menambah bahawa penyimpanan air ketika banjir mungkin boleh dimanfaatkan semasa musim kemarau.
“Kalau musim banjir air melimpah, musim kemarau pula kering kontang. Jadi Allah beri kita akal dan teknologi, gunakanlah sebaiknya,” katanya lagi.
Walaupun mengakui terdapat perbezaan antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan, Anwar berkata matlamat kedua-dua pihak tetap sama, iaitu untuk menyelesaikan masalah rakyat dan memajukan negeri.
The post Anwar mahu projek tebatan banjir Kelantan disegerakan appeared first on The Reporter.



