Anwar optimis kerjasama tiga hala

LocalPolitics
12 May 2025 • 4:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Amir Anuar

TAWAU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis kerjasama Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) dapat diwujudkan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17.

Bagaimanapun, Presiden PH terbabit berkata beliau hanya boleh bercakap mewakili PH dan menyerahkan perbincangan lanjut mengenai prospek kerjasama itu kepada BN dan GRS.

“Saya lihat sikap Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang sangat positif, pada masa sama kita sudah berbincang dengan BN,” katanya, pada sidang media di Lapangan Terbang Tawau, di sini, pada Ahad.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Anwar berkata urusan selanjutnya berkaitan bentuk kerjasama yang akan dibentuk pada PRN terpulang kepada hasil perbincangan yang akan diadakan antara kepimpinan GRS dan BN.

Mengulas lanjut, beliau berkata kedatangannya ke Sabah pada kali ini juga untuk berbincang dengan Hajiji berhubung lanjutan kerjasama yang boleh dibentuk antara PH dan GRS.

“Saya maklumkan (kepada Hajiji) tentang perbincangan awal yang diadakan antara PH dan BN di Kuala Lumpur (untuk menghadapi PRN Sabah) iaitu kita harus ada kesepakatan bersama.

“Tadi saya bincang dengan Ketua Menteri bagaimana boleh melanjutkan kerjasama PH dan GRS kerana keputusan yang dibuat di Sabah akan menentukan haluan PH khasnya PH Sabah,” katanya.

Menurutnya, PH setuju dengan kepimpinan Ketua Menteri lebih-lebih lagi ke arah memastikan Sabah mempunyai Kerajaan Negeri yang stabil dan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.

Pada masa sama, beliau turut bersetuju dengan pendapat Hajiji bahawa kerjasama melalui gerak kerja yang lebih kuat antara PH dan GRS perlu diwujudkan khususnya menghadapi PRN.

Hajiji yang ditanya reaksinya berhubung kesediaan PH membuka pintu kepada GRS untuk bergabung pada PRN kali ini (termasuk BN) berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu sebelum memberikan kenyataan lanjut.