Anwar: Peluang rakyat selamatkan negara, jadikan Malaysia kembali gemilang

17 Nov 2022 • 7:12 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 17 NOV: Rakyat harus memanfaatkan peluang untuk menyelamatkan tanah air dan melakar masa depan seterusnya mengembalikan kegemilangan negara.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata gabungan itu menawarkan formula kestabilan kerajaan menerusi pelaksanaan dasar dan membuat perubahan menyeluruh untuk memulihkan negara.

“Malaysia pernah menjadi tatanan contoh dan harapan kepada dunia tatkala kemajmukan menjadi elemen yang mengikat persaudaraan antara kaum di negara ini.

“Ada suatu masa kita pernah berbangga dengan sisi ekonomi yang dinamik dan berencam, sekolah dan sistem pendidikan yang unggul serta masyarakat yang mesra dan peramah.

“Pilihan raya ini merupakan peluang terbaik untuk menyelamatkan negara dan melakukan perubahan yang menyeluruh untuk memulihkan negara kita tercinta,” katanya dalam perutusan khas di Facebook petang ini.

Anwar berkata rakyat pada masa ini memerlukan sistem ekonomi yang membela nasib semua dan pimpinan HARAPAN telah membuktikan kejujuran dan integriti mereka.

“Sebuah kerajaan itu akan menjadi stabil jika pemimpinnya punyai akhlak, menolak rasuah dan menjunjung kedaulatan undang-undang,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved