Anwar rafak sembah taniah ulang tahun hari keputeraan rasmi Sultan Johor

LocalPolitics
23 Mar 2026 • 12:41 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini. 

Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut menitipkan doa agar Sultan Ibrahim yang juga Yang di-Pertuan Agong dan seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

"Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM (Kebawah Duli Yang Maha Mulia) Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, Yang di-Pertuan Agong pada 23 Mac 2026 bersamaan 3 Syawal 1447 Hijrah.

"Allah Peliharakan Sultan," kata Anwar.

Di Johor Bahru, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail turut merafak sembah merakamkan ucapan dan doa bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Ibrahim hari ini.

“Allah peliharakan Sultan,” titahnya ringkas dalam ucapan kepada paduka ayahanda Sultan Ibrahim yang dimuat naik di laman Facebook HRH Crown Prince of Johor hari ini.

Turut merafak sembah serta merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan doa ialah Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Daulat Tuanku! Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

"Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada baginda sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor pada 23 Mac 2026 Bersamaan 3 Syawal 1447 Hijrah.

"Dengan segala hormat dan takzimnya yang berdatang sembah patik dan seluruh Bangsa Johor, Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor," katanya menerusi hantaran di Facebook. - 23 Mac 2026

The post Anwar rafak sembah taniah ulang tahun hari keputeraan rasmi Sultan Johor appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved