Anwar Santuni Rakyat Di Bazar Ramadan Gong Badak

LocalPolitics
15 Apr 2023 • 9:50 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar Ibrahim (kanan) dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (tengah) mengalihkan murtabak semasa turun padang menyantuni orang ramai dan peniaga di Bazar Ramadan Gong Badak di sini hari ini - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

KUALA NERUS - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa mengunjungi serta menyantuni rakyat di Bazar Ramadan Gong Badak, di sini hari ini.

Beliau yang tiba sekitar pukul 5.10 petang meluangkan masa selama 15 minit melawat gerai-gerai sambil beramah mesra dengan penjual serta pengunjung bazar selain turut kelihatan membeli beberapa juadah berbuka seperti kuih-muih termasuk “akok”.

Turut mengiringi Ahli Parlimen Tambun itu ialah Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta beberapa ahli majlis kerajaan negeri.

Anwar dijadualkan menghadiri majlis berbuka puasa di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebelum solat Isyak dan Terawih di Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). - Bernama