Anwar selamat jalani pembedahan hernia perut

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 4:58 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Anwar selamat jalani pembedahan hernia perut

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia), hari ini.

Ketua Pasukan Perubatan kepada Perdana Menteri Datuk Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah berkata prosedur berkenaan, berjalan lancar di bawah kendalian pasukan pakar perubatan.

Beliau berkata Anwar kini sedang menjalani rawatan fisioterapi dan berada di bawah pemantauan rapi pasukan pakar perubatan.

“Pemantauan itu bertujuan memastikan proses pemulihan Perdana Menteri berjalan dengan baik,” menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Anwar, hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan Anwar sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan pasukan pakar perubatan dan dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.

Sehubungan dengan itu, beliau mengajak orang ramai supaya mendoakan agar segala urusan pemeriksaan serta prosedur Perdana Menteri dipermudah dan dikurniakan keafiatan berpanjangan, agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat. - 10 Ogos, 2026

The post Anwar selamat jalani pembedahan hernia perut appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved