Anwar Serah Pada Pihak Berkuasa Siasat Ahli Parlimen Didakwa Sentuh Sensitiviti Agama

LocalPolitics
24 Nov 2026 • 12:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Anwar Serah Pada Pihak Berkuasa Siasat Ahli Parlimen Didakwa Sentuh Sensitiviti Agama

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat seorang Ahli Parlimen yang didakwa membuat kenyataan menyentuh sensitiviti keagamaan ketika mengunjungi Terengganu, baru-baru ini.

Perdana Menteri menegaskan, tiada pihak terkecuali daripada tindakan penguatkuasaan sekiranya membangkitkan isu berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Beliau juga menegaskan pendiriannya bahawa tidak bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen berkenaan yang dilapor mempersoalkan penutupan premis perniagaan bagi memberi laluan kepada solat Jumaat.

"Kenyataan Ahli Parlimen terbabit, saya tidak bersetuju. Itu jelas.

"Walaupun kini sudah minta maaf, itu saya serah kepada siasatan... apakah kenyataan dibuat selepas mohon maaf, itu keputusan PDRM (Polis Diraja Malaysia)," katanya pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) mengenai tindakan ke atas seorang Ahli Parlimen yang didakwa mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti keagamaan.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved