Anwar seru tentera, polis beri peluang kepada PH

LocalPolitics
26 Jul 2026 • 6:12 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Anwar seru tentera, polis beri peluang kepada PH

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru warga tentera, polis serta keluarga mereka supaya memberi peluang kepada Pakatan Harapan (PH) dalam pengundian awal pada Selasa ini.

Anwar berkata, pengundian awal itu merupakan tanggungjawab rakyat dalam negara demokrasi yang menjunjung institusi Perlembagaan dan semangat pilihan raya.

“Insya Allah pada hari Selasa ini, 28 Julai 2026, rakan-rakan, keluarga dari tentera dan polis akan mengundi awal.

“Ini sekadar memenuhi kewajipan kita sebagai rakyat dalam negara demokrasi yang menjunjung institusi Perlembagaan dan semangat pilihan raya,” katanya dalam kenyataan. 

Menurut Anwar, beliau bersama rakan-rakan dalam kerajaan telah berusaha melakukan yang terbaik dalam mengemudi negara dan menentukan dasar, walaupun masih ada ruang untuk penambahbaikan.

Beliau berkata, usaha itu termasuk menjaga kebajikan pasukan tentera dan polis daripada segi gaji, kemudahan asas, perumahan, pendidikan anak-anak serta kesihatan ibu bapa.

Katanya, kerajaan juga turut memberi perhatian kepada bantuan rakyat termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

“Berilah kesempatan ini yang sebaiknya supaya kita boleh meneruskan khidmat kita.

“Selain daripada menyatakan penghargaan kepada saudara-saudara atas khidmat dan pengorbanan, mari kita bersama, bekerja, berkhidmat dan berjuang untuk mengangkat martabat negara Malaysia yang tercinta

“Dan berilah sokongan kepada Pakatan Harapan,” katanya. – UTUSAN

The post Anwar seru tentera, polis beri peluang kepada PH appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved