Anwar: Syarikat EA berminat teroka pasaran Malaysia

5 Jan 2023 • 2:04 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Energy Absolute Malaysia Sdn Bhd, peneraju tenaga boleh baharu dan syarikat terkemuka dalam industri teknologi hijau yang berpangkalan di Thailand menyatakan minat untuk meneroka pasaran Malaysia berlandaskan prinsip-prinsip seperti mendukung, melabur dan mengangkat projek pemicu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syarikat yang mempunyai kekuatan modal pasaran sebanyak 380 bilion baht bersamaan RM45 bilion itu akan berkolaborasi dengan Computer Forms Malaysia Bhd (CFM) untuk membangunkan industri teknologi hijau di Malaysia dan pemindahan teknologi kenderaan elektrik (EV) ke Malaysia.

Dalam hantaran di laman Facebook beliau hari ini, Perdana Menteri berkata syarikat tersebut turut akan membina kilang pembuatan dan bekalan EV, khususnya dalam sektor pengangkutan seperti bas elektrik, bas sekolah elektrik, bot elektrik, motosikal elektrik, bateri EV, kereta api elektrik, kereta mobil elektrik dan lain-lain dengan nilai keseluruhan RM5 bilion.

“Sebagai anggota Komuniti Ekonomi ASEAN, dengan budaya dan warisan yang hampir sama, kerjasama antara Malaysia dan Thailand terus kukuh dengan semangat kejiranan yang tinggi dengan kerjasama dalam pelbagai lapangan yang relevan,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved