Anwar Tegas Lawatan Ke Luar Negara Demi Malaysia, Bukan Untuk Bersiar-siar

LocalPolitics
14 Jul 2025 • 3:54 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Anwar Tegas Lawatan Ke Luar Negara Demi Malaysia, Bukan Untuk Bersiar-siar

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa lawatan rasminya ke luar negara dilakukan atas kapasiti sebagai wakil rasmi negara dan bukannya untuk tujuan peribadi atau bersiar-siar.

“Mengapa Perdana Menteri asyik keluar? Saya umur dah nak masuk 78 tahun bulan depan. Saudara ingat saya suka berjalan ke sana sini? Ke luar negara? Saudara ingat tidak letih?” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Program Madani Rakyat 2025 di Terengganu, baru-baru ini.

Anwar turut menjelaskan tujuan utama lawatan rasminya ke Brazil baru-baru ini bagi menghadiri mesyuarat BRICS, yang memberi manfaat besar kepada negara.

“Brazil negara besar, dia beri ruang pelantar minyak yang terbesar kepada Petronas. Sebab apa? Sebab kita berkawan dengan dia. Siapa untung? Petronas.

“Petronas untung, siapa (dapat manfaat)? Rakyat Malaysia. Dia (Brazil) beri satu syarikat perkapalan di Peru, saya pergi tahun lalu dan di Brazil bina kapal untuk oil and gas yang besar.

“Harga kapal hampir RM1 bilion. Untuk siapa? Untuk syarikat. Untungnya mana? Untung dibawa balik ke Malaysia. Pekerja siapa? Majoriti rakyat Malaysia,” jelas beliau.

https://www.facebook.com/watch/?v=667280029668992

Sebelum ini, terdapat dakwaan daripada segelintir pihak yang menuduh lawatan rasmi Perdana Menteri ke luar negara sebagai ;jalan-jalan’ semata-mata.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, menyelar tuduhan tersebut dengan menyatakan bahawa ia mencerminkan kebebalan sesetengah pihak dalam memahami impak kekalutan geopolitik dan geoekonomi yang sedang melanda dunia terhadap rakyat dan Malaysia.