Anwar tegur Sanusi, tiada pemimpin boleh hina kaum lain di Malaysia

LocalPolitics
25 Jul 2026 • 2:14 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Anwar tegur Sanusi, tiada pemimpin boleh hina kaum lain di Malaysia

BUKIT MERTAJAM: Tiada mana-mana pemimpin di Malaysia yang boleh mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap kaum-kaum lain di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia telah dibina atas semangat perpaduan dan penerimaan terhadap semua kaum, sejak negara mencapai kemerdekaan hampir 70 tahun lalu.

“Orang Melayu pun, majoriti memang asalnya dari Tanah Melayu tetapi ada juga dari Indonesia, ada juga keturunan Cina, ada juga keturunan Korea dan kita tidak boleh tolak mereka sebagai bukan rakyat.

“Apa lagi dalam kalangan masyarakat Cina atau India, yang taat, yang terima Perlembagaan, yang menjadi warganegara yang baik. Semua ini harus kita rangkul sebagai kekuatan Malaysia.

“Jadi, saya tidak setuju sama sekali mana-mana tanggapan yang menghina atau mengenepikan peranan mana-mana kaum negara kita,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Tahir Jalaluddin di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor ketika berucap dalam ceramah di Jempol, Negeri Sembilan yang menyatakan, orang Melayu hanya mempunyai Tanah Melayu sebagai tanah air mereka.

Muhammad Sanusi berkata, sementara itu, orang India mempunyai India dan orang Cina mempunyai China, sebelum mengajak Pas dan UMNO kembali bersatu bagi mempertahankan bangsa dan agama. – UTUSAN

The post Anwar tegur Sanusi, tiada pemimpin boleh hina kaum lain di Malaysia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved