DAP gesa polis siasat Sanusi, dakwa retorik perkauman boleh cetus perbalahan

LocalPolitics
25 Jul 2026 • 1:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

DAP menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor susulan kenyataannya ketika berkempen di Negeri Sembilan yang didakwa berbaur perkauman serta boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

Kenyataan tak sensitif

Menerusi satu kenyataan di media sosial, Pengerusi Biro Undang-Undang Kebangsaan DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh menyatakan, kenyataan Menteri Besar Kedah itu bukan sahaja dianggap tidak sensitif terhadap masyarakat bukan Melayu, malah memberi gambaran seolah-olah rakyat berketurunan India dan Cina tidak mempunyai tempat di Malaysia.

Image from: DAP gesa polis siasat Sanusi, dakwa retorik perkauman boleh cetus perbalahan

Tak hormati kaum lain

Beliau berkata, kenyataan sedemikian bercanggah dengan semangat saling menghormati dan persefahaman antara kaum yang menjadi asas pembentukan negara ini.

Ramkarpal merujuk kepada ucapan Sanusi ketika ceramah di Jempol yang menyentuh mengenai asal-usul tanah air masyarakat Melayu, India dan Cina, selain mengajak Pas serta UMNO kembali bersatu bagi mempertahankan bangsa dan agama.

Menurutnya, kenyataan itu bukan sesuatu yang berlaku secara kebetulan kerana dibuat beberapa hari selepas Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan yang didakwa memberi gambaran masyarakat bukan Melayu sebagai ‘pendatang’.

“Retorik perkauman seperti ini tidak mempunyai tempat dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia dan jika dibiarkan tanpa tindakan, ia berpotensi mencetuskan ketegangan kaum.
“Ia perlu dikecam sekeras-kerasnya kerana boleh menghakis semangat perpaduan yang sekian lama menjadi asas keharmonian negara,”katanya dalam satu kenyataan.

Image from: DAP gesa polis siasat Sanusi, dakwa retorik perkauman boleh cetus perbalahan

Ramkarpal turut menggesa parti komponen Barisan Nasional (BN), khususnya MIC dan MCA, menyatakan pendirian secara terbuka berhubung isu berkenaan kerana ia melibatkan hubungan antara kaum.

Beliau berkata, gesaan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran supaya BN bergerak secara solo tidak mencukupi untuk meredakan kebimbangan selagi UMNO tidak mengambil pendirian terhadap kenyataan Sanusi secara terbuka.

Image from: DAP gesa polis siasat Sanusi, dakwa retorik perkauman boleh cetus perbalahan

Sehubungan itu, Ramkarpal menggesa polis dan pihak berkuasa berkaitan memulakan siasatan segera bagi mengelakkan kenyataan seumpama itu berulang sepanjang tempoh kempen pilihan raya.

Sebelum ini, Vigneswaran turut menyelar kenyataan Sanusi yang disifatkan tidak bertanggungjawab serta berpotensi memecah-belahkan masyarakat berbilang kaum.

Sumber: Facebook Ramkarpal Singh

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved