Anwar tempelak kumpulan ‘tunggang’ nama Islam, Melayu

LocalPolitics
27 Sep 2026 • 1:53 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Surat Anthony Loke

PETALING JAYA: Gerakan yang membawa nama Islam tidak seharusnya mengetepikan prinsip akhlak dan idealisme perjuangan dengan menjadikan kebencian, fitnah serta cacian sebagai senjata.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gerakan kesedaran atas nama Islam akan tempang sekiranya hanya berpaksikan semangat kemarahan dan menghalalkan adu domba.

“Kita harus bangkit dengan tradisi akliah dan tegak dengan idealisme. Gerakan apa pun atas nama Islam akan teruji bukan semata-mata pada slogan tapi kepada pelaksanaan perjuangannya.

“Justeru saya menempelak kumpulan yang menunggang nama Islam atau Melayu, riuh melaungkan tentang bangsa tetapi mengetepikan soal akhlak dan idealisme perjuangan. 

“Apa ertinya parti atau gerakan Islam sekiranya bergerak dengan meninggalkan prinsip akhlak, penuh dengan kebencian serta menjadikan fitnah dan cacian sebagai senjata dan wirid harian,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh ucapan Almarhum Siddiq Fadzil bahawa Islam tidak bangkit hanya dengan ledakan semangat, emosi dan sentimen, tetapi dengan kekuatan ilmu yang menyedarkan dan menginsafkan.

“Saya juga sentuh kepentingan usrah dalam gerakan dengan tidak meninggalkan tradisi turath Islami yang juga penting dalam memandu gerakan dan perjuangan.

“Selain tegas dalam melawan rasuah, menentang pemikiran takfiri serta perjuangan membasmi kemiskinan tegar, gerakan Islam juga harus kekal dengan adab, akhlak dan menghormati kebangsaan,” katanya. –UTUSAN

 

The post Anwar tempelak kumpulan ‘tunggang’ nama Islam, Melayu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved