Anwar terima panggilan ucapan tahniah Presiden Sri Lanka

Politics
1 Dec 2022 • 2:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar menerima ucapan tahniah daripada Wickremesinghe pada Khamis. - Foto Bernama

NEW DELHI - Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima ucapan tahniah daripada Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe pada Khamis, bersempena pelantikan beliau sebagai perdana menteri.

"Wickremesinghe mengucapkan tahniah kepada Anwar atas pelantikannya sebagai perdana menteri dan menyuarakan hasratnya untuk mengukuhkan lagi hubungan ekonomi antara Sri Lanka dan Malaysia semasa perbualan telefon pagi ini (Khamis),” menurut pejabat presiden Sri Lanka itu di Twitter.

Perdana Menteri Sri Lanka, Dinesh Gunawardena turut mengucapkan tahniah kepada Anwar baru-baru ini.

Hubungan diplomatik antara kedua-dua negara terjalin pada 1957.

Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada Khamis lepas. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved