Polis Terima Laporan Tuduhan Presiden PAS Terhadap Anwar Ibrahim Sebagai Ejen Israel – Bukit Aman

Politics
29 Nov 2022 • 5:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung tuduhan yang dilakukan oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel.

“PDRM sahkan terima laporan polis berkaitan tuduhan oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang terhadap Perdana Menteri Anwar sebagai ejen Israel,” maklum PDRM memetik Bernama.

Sebelum ini, media melaporkan, Abdul Hadi mengeluarkan satu kenyataan mendakwa bahawa DAP mempromosikan Islamofobia.

Dalam kenyataan itu, beliau menekankan bahawa pandangan para orientalis dan media Barat yang paling bermusuh serta berbohong terhadap Islam yang disebarkan di negara Barat didakwa telah diimport ke Malaysia oleh DAP.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved