Anwar teroka pelaburan strategik China bernilai tinggi

LocalBusiness & Finance
23 Sep 2026 • 12:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anwar teroka pelaburan strategik China bernilai tinggi

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Perbincangan Meja Bulat bersama pemimpin industri daripada 21 syarikat terkemuka China sempena hari kedua lawatan kerja beliau di Shanghai, hari ini.

Perbincangan itu memberi tumpuan kepada penerokaan peluang pelaburan strategik bernilai tinggi dalam sektor berimpak tinggi termasuk semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), robotik, kenderaan elektrik (EV), bahan bateri dan optik termaju.

Menurut Anwar, perbincangan turut merangkumi sektor bioteknologi, penjagaan kesihatan, bahan kimia khusus serta pembuatan termaju.

“Saya turut mendengar secara langsung perancangan dan aspirasi pemain industri, termasuk peluang yang mereka lihat di Malaysia serta langkah yang diperlukan untuk merealisasikan pelaburan tersebut,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai asas kukuh untuk terus berkembang sebagai hab pelaburan dan pembuatan bernilai tinggi di rantau ini.

Katanya, kekuatan itu didukung ekosistem perindustrian yang matang, tenaga kerja berkemahiran, kedudukan strategik serta jaringan rantaian bekalan yang kukuh.

“Kerajaan Madani akan terus memudah cara pelaburan berkualiti yang membawa bersama pemindahan teknologi, pembangunan bakat tempatan, pengukuhan penyertaan syarikat Malaysia serta pembukaan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti,” katanya.- KOSMO! ONLINE

The post Anwar teroka pelaburan strategik China bernilai tinggi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved