PM Anwar puji kereta api laju China, tapi pilih fokus baiki sekolah di Malaysia dahulu

LocalPolitics
23 Sep 2026 • 9:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi di China, namun menegaskan keutamaan kerajaan ketika ini adalah membaiki sekolah.

Kerajaan perlu lihat pelaksanaan projek ECRL

Memetik laporan daripada Astro Awani, Anwar ketika ditanya sama ada pengalaman menaiki kereta api laju itu memberi idea untuk menambah baik perkhidmatan rel di Malaysia, Anwar berkata kerajaan perlu melihat pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) terlebih dahulu.

“Ya, tentu kita tengok khidmat dia dan kelajuannya. Kecepatannya baik. Tapi kita tengok ECRL sajalah dulu.
“Kemudian beberapa langkah lain yang kita buat. Kita tentunya terikat dengan kos, dengan pelaksanaannya, ikut jadual,” katanya kepada pengamal media Malaysia di Hangzhou, China.
Image from: PM Anwar puji kereta api laju China, tapi pilih fokus baiki sekolah di Malaysia dahulu

Foto: PMO

Pilih baiki sekolah dahulu

Beliau berkata demikian ketika menaiki kereta api berkelajuan tinggi menuju ke Hangzhou bagi meneruskan lawatan kerja tiga hari ke China yang bermula semalam.

Dalam pada masa yang sama, Anwar turut menyingkap pengalamannya menaiki kereta api berkelajuan tinggi di Jepun serta perjalanan kereta api dari Paris ke London sebelum ini.

Walau bagaimanapun, beliau menyatakan terdapat pelbagai keperluan pengangkutan lain yang turut perlu dipertimbangkan.

“Dengan sekolah, saya pilih baiki sekolah dululah,” katanya lagi.
Image from: PM Anwar puji kereta api laju China, tapi pilih fokus baiki sekolah di Malaysia dahulu

Foto: PMO

Sumber: Astro Awani 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved