
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato' Onn pada jam 7.42 malam ini.
Kehadiran Presiden PKR itu dirakam selepas 25 tahun beliau tidak menjejakkan kaki di sini.
Ahli Parlimen Tambun hadir bagi mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada jam 8.30 malam ini.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri pemimpin utama UMNO dan Barisan Nasional (BN), termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Selain itu turut kelihatan, Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu.
AKAN MENYUSUL

