Anwar tinjau pemegang tiket Madani di Litar Sepang

4 Oct 2026 • 5:46 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anwar tinjau pemegang tiket Madani di Litar Sepang

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa meninjau kawasan G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang menempatkan sebahagian besar pemegang tiket Madani sempena acara Formula 1 (F1).

Anwar turut menyantuni peminat F1 yang hadir sebelum meninjau kemeriahan suasana di lokasi berkenaan.

Menurut beliau, kawasan berkenaan turut menjadi tumpuan menerusi Karnival Litar Rasa Madani yang menghimpunkan kira-kira 40 peniaga tempatan menawarkan pelbagai makanan dan minuman kepada pengunjung.

“Meriah suasana di sini, dengan pemandangan litar yang menarik serta Karnival Litar Rasa Madani yang menghimpunkan kira-kira 40 peniaga tempatan.

“Sambil menikmati perlumbaan di litar, bolehlah menjamu selera dan menyokong peniaga kita,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Anwar berkata, penganjuran karnival itu turut memberi peluang kepada peniaga tempatan menikmati limpahan ekonomi daripada penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta semua agensi yang terlibat dalam menjayakan karnival berkenaan.

Katanya, usaha berkenaan penting bagi memastikan kemeriahan F1 bukan sahaja dinikmati peminat sukan permotoran, malah turut memberi manfaat kepada usahawan dan peniaga tempatan.- KOSMO! ONLINE

The post Anwar tinjau pemegang tiket Madani di Litar Sepang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved