Anwar titip doa buat Sultan Brunei

LocalPolitics
14 Jan 2026 • 11:07 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menitipkan doa dan ucapan kesejahteraan buat Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menitipkan doa dan ucapan kesejahteraan buat Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Menerusi hantaran Facebook, Anwar berkata beliau menerima perkhabaran Sultan Hassanal Bolkiah dijadualkan menjalani rawatan kesihatan dalam masa terdekat.

“Mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Baginda Tuanku dikurniakan keafiatan berpanjangan serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

“Semoga Baginda Tuanku kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan,” kata beliau.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri Brunei semalam, Sultan Hassanal Bolkiah dijadualkan menjalani prosedur pembedahan penggantian sendi lutut kanan pada 18 Jan ini.