Anwar titip doa buat Sultan Brunei

LocalPolitics
14 Jan 2026 • 10:12 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar menitipkan doa dan ucapan kesejahteraan buat Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang dijadualkan menjalani prosedur pembedahan penggantian sendi lutut kanan pada 18 Januari ini. Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menitipkan doa dan ucapan kesejahteraan buat Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Menerusi hantaran Facebook, Anwar berkata, beliau menerima perkhabaran Sultan Hassanal Bolkiah dijadualkan menjalani rawatan kesihatan dalam masa terdekat.

"Mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Baginda Tuanku dikurniakan keafiatan berpanjangan dan berada dalam lindungan serta rahmat Allah SWT.

"Semoga Baginda Tuanku kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan," kata beliau.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri Brunei semalam, Sultan Hassanal Bolkiah dijadualkan menjalani prosedur pembedahan penggantian sendi lutut kanan pada 18 Januari ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved