Anwar Ucap Selamat Menyambut Hari Ponggal Kepada Komuniti Tamil

Politics
15 Jan 2023 • 12:15 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar Ibrahim - Gambar oleh Alif Omar

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Ponggal kepada seluruh komuniti Tamil di Malaysia yang meraikan sambutan itu hari ini.

Menerusi catatan dalam Facebooknya, Anwar berharap perayaan itu dapat memberi kesejahteraan, keceriaan dan kesihatan yang lebih sempurna kepada semua.

“Masyarakat Tamil meraikan perayaan Ponggal sebagai tanda kesyukuran atas rezeki yang bertambah.

“Selainnya, hari besar penganut Hindu ini turut menjadi simbol dan pemangkin bagi menolak amalan atau sikap lama dan mengangkat perubahan serta mencipta anjakan baharu,” katanya menerusi perkongsian itu.

Masyarakat Tamil menyambut ketibaan pesta menuai Ponggal pada bulan ke-10 dalam kalendar Tamil yang dikenali sebagai Thai dan sambutan itu ialah satu perayaan penting khususnya bagi masyarakat petani. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved