Selamat Berjuang Speedy Tigers! - PM

14 Jan 2023 • 6:29 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar daripada Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjuang kepada skuad hoki negara yang akan memulakan aksi Kumpulan C Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar dan Rourkela, India.

Skuad The Speedy Tigers bertemu Belanda petang ini sebelum dijadual menentang Chile pada 16 Januari dan New Zealand pada 19 Januari nanti.

Anwar berkata, beliau menaruh keyakinan dan kepercayaan tinggi bahawa pasukan kendalian Arul Selvaraj itu mampu mempamer aksi terbaik, sekali gus mencipta kejutan pada kejohanan kali ini.

“Saya dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan buat Speedy Tigers.

“Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang kejohanan berlangsung. Harumkan nama negara di pentas dunia,” katanya menerusi kenyataan.

Penyertaan di India bakal menjadi penampilan kesembilan skuad hoki negara di Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 1971, dengan pencapaian terbaik adalah tempat keempat pada edisi 1975 ketika Malaysia menjadi tuan rumah. - Getaran, 14 Januari 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved