Anwar ucap selamat ulang tahun ke-101 buat Tun Mahathir

LocalPolitics
10 Jul 2026 • 11:26 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Anwar ucap selamat ulang tahun ke-101 buat Tun Mahathir
Anwar (kanan) hari ini mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran ke-101 kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran ke-101 kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Semoga Tun terus dilimpahi rahmat, kesihatan yang baik dan berada dalam keberkatan-Nya, insya-ALLAH,” kata beliau dalam catatan menerusi Facebook.

Dr Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Alor Setar, Kedah dan pernah menjawat jawatan perdana menteri sebanyak dua kali, iaitu selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003 serta sekali lagi dari 2018 hingga 2020.

Ketika dilantik semula pada usia 92 tahun, beliau menjadi Perdana Menteri tertua di dunia. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved