Anwar ucap tahniah kepada BN, janji Kerajaan Persekutuan terus bantu Johor

LocalPolitics
12 Jul 2026 • 12:13 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Anwar ucap tahniah kepada BN, janji Kerajaan Persekutuan terus bantu Johor
Anwar

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kejaya mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut berharap agar amanah dan mandat rakyat itu dipikul dengan sebaiknya demi kepentingan negeri dan pengundi di negeri berkenaan.

"Penghargaan setingginya kepada seluruh pengundi dan rakyat Johor yang sah menunaikan tanggungjawab termasuk kepada jentera yang bekerja keras dan berusaha seupayanya.

"Tekad kami jelas, semua calon Harapan, tidak kira yang menang mahupun tewas diminta untuk meneruskan khidmat membawa suara rakyat.

"Kerajaan Persekutuan juga kekal komited memastikan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat Johor terus diperkasa dan ditambah baik, Insya-ALLAH," katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

BN Sah kembali menerajui Johor apabila meraih kemenangan majoriti mudah pada PRN kali ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, setakat jam 10.32 malam tadi, BN berjaya memenangi 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mencatat majoriti mudah.

SPR sebelum ini menetapkan 7 Julai sebagai hari pengundian awal dan 11 Julai sebagai hari pengundian.

Seramai 2,727,926 pengundi layak mengundi pada PRN Johor kali ini, terdiri daripada 2,703,175 pengundi biasa, 12,041 anggota tentera dan pasangan serta 12,710 anggota polis dan pasangan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved