Anwar ucap tahniah, skuad takraw tamat penantian 36 tahun

25 Sep 2026 • 6:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anwar ucap tahniah, skuad takraw tamat penantian 36 tahun

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad sepak takraw negara selepas berjaya menamatkan penantian 36 tahun untuk kembali meraih pingat emas Sukan Asia.

Menerusi hantaran di Threads hari ini, Anwar menyifatkan kejayaan dalam acara regu berpasukan lelaki di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 itu sebagai kemenangan cukup bermakna buat negara.

“Tahniah kepada skuad sepak takraw negara atas kejayaan menamatkan penantian 36 tahun untuk kembali meraih emas dalam acara regu berpasukan lelaki di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026,” katanya.

Menurut Anwar, kejayaan tersebut turut menyumbang pingat emas keempat buat kontinjen Malaysia pada temasya berkenaan.

“Kejayaan ini turut menghadiahkan pingat emas keempat buat kontinjen Malaysia di temasya kali ini, sekali gus menjadi satu kemenangan yang cukup bermakna dan membanggakan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut memberikan kata-kata semangat kepada barisan pemain negara supaya terus mencipta kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia.

“Syabas anak-anak Malaysia. Teruskan mengharumkan nama negara!” katanya.

Perdana Menteri turut berkongsi gambar skuad sepak takraw negara meraikan kejayaan berkenaan bersama Jalur Gemilang.

Kejayaan itu menyaksikan Malaysia kembali meraih emas acara berpasukan lelaki selepas kali terakhir melakukannya pada Sukan Asia Beijing 1990. – KOSMO! ONLINE

The post Anwar ucap tahniah, skuad takraw tamat penantian 36 tahun appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved