Anwar ucap tahniah SMA Nahdhah Hasanah Melele raih tempat pertama di Kedah

LocalPolitics
7 Nov 2026 • 5:06 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Anwar ucap tahniah SMA Nahdhah Hasanah Melele raih tempat pertama di Kedah

 

KUALA LUMPUR: Kejayaan Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdhah Hasanah, Melele, Kodiang menduduki tempat pertama di Kedah dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama (STA) 2026, telah menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Anwar yang mengucapkan tahniah menerusi hantaran di X hari ini, berkata kejayaan sekolah itu, pastinya ditunjangi oleh didikan luar biasa guru dan ibu bapa.

 

“Tumpang gembira dengan pencapaian hebat anak-anak SMA Nahdhah Hasanah. Pastinya kejayaan ini ditunjangi didikan luar biasa guru-guru dan pengorbanan ibu bapa. Moga terus cemerlang, insya-Allah,” kata beliau.

 

SMA Nahdhah Hasanah yang beroperasi sejak 1946 pernah dilawati oleh Perdana Menteri pada 17 Jun 2023, bersempena dengan sambutan Jubli Intan sekolah itu.

 

Pada STA 2026, sekolah itu memperoleh Gred Purata Sekolah 2.79 dengan kesemua 100 peratus pelajar layak mendapat sijil.

 

The post Anwar ucap tahniah SMA Nahdhah Hasanah Melele raih tempat pertama di Kedah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved