TNB raih pengiktirafan Jenama Terbaik 2026-2027, Anwar ucap tahniah

LocalBusiness & Finance
5 Nov 2026 • 8:30 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

TNB raih pengiktirafan Jenama Terbaik 2026-2027, Anwar ucap tahniah

KUALA LUMPUR, 5 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) atas kejayaan meraih pengiktirafan Jenama Terbaik 2026-2027 bagi kategori Tenaga-Kuasa (Peringkat Nasional) pada World Branding Awards.

Menerusi hantaran di laman X, beliau berkata sepanjang 77 tahun penubuhannya, TNB memainkan peranan penting dalam membekalkan tenaga elektrik, menyokong pertumbuhan ekonomi serta memacu pembangunan negara.

“Pengiktirafan ini mencerminkan keyakinan rakyat terhadap sumbangan TNB kepada kemajuan negara, selain mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa,” katanya.

Anwar turut berharap kejayaan itu menjadi pemangkin kepada TNB untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan, memperkukuh infrastruktur tenaga serta memperluas penggunaan tenaga boleh baharu demi memastikan masa depan Malaysia yang mampan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved