Anwar ucap takziah buat keluarga Allahyarham Raymond Goh

12 Sep 2023 • 3:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Raymond Goh yang meninggal dunia pagi Selasa. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga penyampai berita Nightline TV3 Allahyarham Raymond Goh atau Muhammad Zaman Goh, yang meninggal dunia pagi Selasa.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau pada Selasa, Anwar mendoakan semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan itu.

"Dunia penyiaran akan merindui Allahyarham dan sudah pastinya juga, jasa beliau akan terus dikenang buat selama-lamanya. Al-Fatihah,” katanya.

Terdahulu, penyampai berita veteran itu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar dan dimasukkan ke hospital di Petaling Jaya, Selangor pada 30 Ogos lepas.

Allahyarham yang telah berkhidmat dalam dunia penyiaran lebih 30 tahun itu, memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 o’clock news dan kemudian beralih kepada Nightline di stesen televisyen berkenaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved